(1)
Kejujuran- Faktor ini adalah merupakan aspek penting di dalam sesuatu
kebahagiaan hubungan rumah tangga. Pada kebiasaannya, pasangan yang berasa
teraniaya atau dianiaya akan menyimpan dendam dalam setiap penipuan yang telah
dilakukan. Masalah ini akan berbalas-balas sehingga menjadi punca keretakan
didalam sesuatu hubungan.
(2)
Hormat- Semua manusia yang hidup di muka bumi ini suka apabila diri mereka
dihormati. Begitu juga dalam hubungan rumah tangga, suami menghormati isteri,
dan isteri pula menghormati suami. Selagi perasaan hormat-menghormati ini
menebal dalam diri, pasti tiada masalah untuk sesuatu pasangan untuk
mengekalkan kebahagiaan mereka.
(3)
Cinta- Apabila menyebut soal cinta, ia adalah satu perkara yang subjektif yang
sukar untuk diterjemahkan. Cinta juga mungkin boleh disamaertikan dengan
pengorbanan. Sekiranya anda betul-betul mencintai pasangan, sudah pasti anda
akan sanggup untuk berkorban demi kebahagiaan mereka. Kebahagian yang pasangan
anda miliki pula akan menjadi kebahagian untuk diri anda.
(4)
Sabar- Sifat pemarah adalah merupakan faktor utama yang menjadi punca dalam
keretakan sesuatu hubungan. Anda perlu belajar untuk bersabar. Lakukan sesuatu
dengan pertimbangan yang waras dan bukannya apabila dipengaruhi oleh emosi.
(5)
Komunikasi- Pasti anda semua menyetujui jika kami menyatakan bahawa lebih
banyak mendengar adalah lebih baik berbanding lebih banyak bercakap. Berikan
sepenuh perhatian apabila pasangan anda meluahkan perasaan untuk mereka
merasakan diri mereka dihargai. Seseorang yang merasakan diri mereka dihargai
akan tahu untuk menghargai orang lain.
(6)
Memahami- Apabila isteri anda seorang yang pemarah, anda perlu banyak bersabar.
Bukannya anda juga turut serta untuk berasa marah. Apabila anda sudah memahami
pasangan anda, ia juga bermakna anda akan mampu untuk bertolak ansur terhadap
pasangan dalam apa jua situasi sekalipun. Tolak ansur juga penting dalam
kebahagiaan rumah tangga.
No comments:
Post a Comment