1 Jambatan seni, Jerman
Terletak di Kromlau, Jerman,Jambatan Rakotz bukan hanya sekadar menjadi
penghubung kepada pelancong yang ingin menyeberang.Mempunyai reka bentuk yang
menarik, jambatan ini juga sering dijadikan lokasi pelancong menangkap gambar.
Ramai berpendapat bahawa jambatan ini adalah hasil karya seni terbaik. Rakotz
terletak di kawasan yang dipenuhi pokok-pokok hijau dan tasik. Bentuknya yang
melengkung kelihatan bulat sempurna dikelilingi dengan air tasik yang
memantulkan bayanganya.
2. Jambatan melengkung, Malaysia
Arkitek Mayur Kanaiya telah memberikan sentuhan yang sangat cantik di
Langkawi melalui jambatan yang direkabentuk olehnya. Dia telah mereka bentuk
jambatan bernama Sky Bridge dengan bentuk melengkung atau berliku. Jambatan
sepanjang 125 meter berakhir di puncak Gunung Mat Cincang.Menurut beliau
jambatan ini membolehkan pengunjung merasai pengalaman melihat secara terus
hutan kanopi dan kehidupan liar.
3. Jambatan alam, India
Selain menggunakan batu bata, simen atau besi, sebuah kampung di
Cherrapunji,India dengan kreatif telah membina jambatan dari akar pohon. Selain
menggunakan akar, para penduduk tempatan juga menggunakan buluh sebagai bahan
penyokong. Tidak hanya satu, terdapat beberapa jambatan alam yang dibina
penduduk Cherrapunji.Ses0etengah jambatan mempunyai panjang lebih dari 30 meter
dan mampu dilalui oleh 50 orang.
4. Jambatan tenggelam, Belanda
Umumnya kebanyakkan jambatan dibina bagi menghubungkan dua tempat air yang
berasingan .Jambatan juga biasanya berada di atas permukaan air. Namun
terdapat perbezaan di Fort de Roovere, Belanda. Jambatan ini tenggelam di bawah
tanah dan belahan tasik kecil menghalang airnya dari bergerak. Pengunjung yang
melalui laluan ini harus berjalan di laluan parit yang menjadi jambatan.
Dinding jambatan ini berfungsi sebagai empangan bagi menghalang keluarnya air.
5. Jambatan akrobatik, Inggeris
Di London, Inggeris, terdapat sebuah jambatan unik yang boleh dilipat,
iaitu Rolling Bridge . Terletak di Grand Union Canal di Paddington Basin,
jambatan ini boleh dilipat dan melengkung atau kebiasaan disebut sebagai aksi
akrobat. "Setiap tengahari Jumaat , jambatan ini akan memperlihatkan aksi
akrobatik yang boleh membuatkan banyak orang kagum," ujar Koen Kas,
seorang usahawan dari Belgium .
6. Jambatan batu, Yaman
Desa Shaharah di Yaman mempunyai jambatan yang menakjubkan. Sangat jelas,
jambatan ini dibuat dari batu dan dibuat secara langsung oleh manusia.
"Jambatan batu menunjukkan kegigihan umat manusia untuk mengatasi halangan
fizikal," kata jurutera mekanikal, Achilleas Vortselas.
Sumber travel
No comments:
Post a Comment