Satu rakaman menunjukkan juruterbang menghampiri lapangan terbang dalam keadaan kabus tebal dan tidak dapat melihat landasan sehingga saat-saat sebelum melakukan pendaratan
Satu video yang telah dimuatnaik di Youtube menunjukkan situasi cemas apabila sebuah penerbangan
melalui keadaan menakutkan kerana terpaksa berhadapan dengan pendaratan dalam
keadaan kabus tebal.
Melakukan pedaratan kapal terbang di 150 mph dalam kabus
tebal mungkin tidak menjadi sesuatu yang dingini oleh setiap juruterbang.
Pemandangan kelabu kelihatan akibat kabus yang tebal ketika
pesawat melalukan pendaratan di lapangan terbang paling sibuk di selatan
Ireland.
Video yang dimuat naik ke Youtube itu tentunya memberikan
sedikit pemahaman tentang apa yang terpaksa juruterbang lalui pada hari berkabus.
'Saya pasti ia di bawah sana' kelihatan salah satu kapsyen
dalam video, yang merujuk kepada landasan yang tidak boleh dilihat ketika kapal
terbang bersedia untuk mendarat.
Meskipun pendaratan semakin hampir namun landasan kapal
terbang masih juga belum kelihatan.
Akhir sekali ketika berada 100 kaki di atas tanah, lampu
jalur pendaratan Hove kelihatan di pandangan.
Video berikut yang mendapat beratus-ratus ribu penonton,
dengan tajuk: 'Ia adalah pagi yang berkabus di Dublin.
Kabus kelihatan sangat jelas sebelum mereka tiba. Oleh itu,
mereka telah melakukan pendaratan automatik. Video ini menunjukkan pandangan
melalui kokpit. '
Ia tentulah memberikan penonton kesedaran baru tentang
kemahiran juruterbang, dan teknologi dalam memastikan penumpang selamat tiba
dalam keadaan cuaca buruk.
No comments:
Post a Comment