Kadang-kala kesibukan kerja dan runtin harian
membuatkan kita tiada masa untuk berehat dan menenangkan fikiran. Bagi yang
suka melancong pasti tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke tempat-tempat
menarik jika mempunyai masa terluang. Tetapi mungkin ada yang terlepas pandang
atau belum mengetahui beberapa tempat-tempat menarik yang terdapat di Asia
Tenggara. Disini terdapat senarai 14 tempat menarik di Asia Tenggara tetapi
masih jarang dikunjungi. Mungkin boleh dijadikan senarai lokasi untuk anda
habiskan masa bercuti bersama yang tersayang.
1- Pulau Pu Qhuoc, Vietnam
Pulau Phu Qhuoc adalah lokasi yang amat sesuai untuk
lari dari kesibukan kota kerana disini suasana sangat tenang dan mendamaikan.
Dipulau ini sesuai untuk aktiviti snorkeling dan scuba diving kerana kejernihan
airnya. Pengunjung boleh menyewa motosikal untuk meronda-ronda disekitar pulau
kerana disini terdapat perkhidmatan sewaan motosikal. Tunggu apa lagi!!
2- Pai, Thailand
Jika pengunjung inginkan suasana hutan yang penuh
kehijauan, Pai adalah tempatnya.Terletak di pergunungan di utara Thailand, Pai
pasti memberikan suasana tenang dan menghiburkan disaat bersama tersayang. Di
tempat ini pengunjung boleh menyewa motosikal untuk meronda sekitar hutan,
berkunjung ke air terjun dan melihat keindahan flora dan fauna.
3- Bagan, Myanmar
Myanmar terkenal dengan keindahan candi kerana
majoriti penduduknya beragama Budha.Disini pengunjung boleh menikmati
ketenangan dan keindahan panorama matahari terbenam dengan menaiki belon udara
yang terdapat sekitar candi. Wow pasti satu kenangan indah yang sukar untuk
dilupakan.
4- Gua Jomblang, Yogyakarta
Gua ini terletak di
Desa Pacarejo, Gunung kidul. Terletak kira-kira 50 kilometer dari pusat
bandar Jogja, jalan menuju ke gua ini tidak berturap dan berbatu amat sesuai
untuk yang ingin merasai susana lasak atau "offroad" ketika dalam
perjalanan ke gua ini. Gua ini adalah gua batu kapur dan dikelilingi hutan lama
serta sungai di bawah tanah.
5- Pulau Derawan, Kalimantan Timur
Pulau ini terletak di kepulauan Berau,Kalimantan
Timur. Disini terdapat penyu-penyu jinak dan banyak tempat untuk aktiviti scuba
diving. Kehijauan lumut dan air laut
yang jernih membuatkan pulau ini memberikan satu pemandangan yang begitu indah
sekali.
6- Danau Laut Tawar, Akengon Aceh Tengah
Danau Laut Tawar terletak disebelah timur bandar
Takengon, Aceh. Ia merupakan danau terbesar di kawasan itu dengan keluasan
sepanjang 17km dan lebar 5.5km. Disini anda boleh menikmati
keindahan"negeri diatas awan" dengan pemandangan yang begitu memukau.
7- Teluk Kiluan, Lampung
Teluk Kilauan terletak di Lampung juga terkenal
sebagai habitat ikan lumba-lumba dan ikan paus. Teluk ini terkenal dengan
keindahan alam dan syurga bagi pemancing. Setiap tahun diadakan pertandingan
memancing di Teluk Kilauan yang turut disertai oleh pemancing-pemancing tegar
seluruh Indonesia
8- Chiang Dao, Thailand
Chiang Dao diibaratkan seperti syurga bagi pencinta
alam. Disini terdapat air terjun, kolam air panas dan gua yang dipenuhi batuan
stalagmit dan stalaktit yang begitu memukau pandangan. Gua Chiang Dao merupakan
tarikan utama disini kerana digua ini pengunjung boleh melihat lebih dari 100
tempat yang mempunyai pelbagai alat untuk tujuan pemujaan.
9- Ko Lanta, Thailand
Kebiasaannya bila bercerita tentang pulau-pulau di
Thailand, pelancong lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau besar seperti Ko
Phangan atau Ko Tao tetapi jika pengunjung ingin menikmati suasana yang
berbeza, Ko Lanta adalah destinasi yang paling sesuai untuk dikunjungi. Pulau
ini pasti memberi ketenangan dengan keindahan pantai yang bersih dan hamparan
pasir putih yang begitu mengujakan.
10- Danau Inle, Myanmar
Danau sepanjang lebih dari 13 km ini memiliki
pelbagai tarikan. Di sekitar danau, pengunjung boleh melihat keindahan kebun
sayur-sayuran yang bagaikan terapung diatas air. Juga tidak ketinggalan
keunikan rumah terapung milik penduduk disini.
11- Mae Sot, Thailand
Tempat ini agak terpencil dan terletak disempadan
Thailand dan Myanmar.Di Mae Sot pengunjung boleh melihat ramai warga Thailand,
Myanmar serta penduduk asli dari kawasan pergunungan. Jika ingin bersantai
bolehlah berkunjung ke spa-spa yang menawarkan khidmat sauna. Selain itu juga
pengunjung boleh membeli belah di pasar tradisional dan berkunjung ke tempat
pemeliharaan Orang Utan di Highland Farm Gibbon Sanctuary.
12- Kep, Kemboja
Ketika penjajahan Perancis, Kep menjadi salah satu
destinasi kunjungan dikalangan warga Perancis. Disini pengunjung boleh
menikmati hidangan laut di restoran yang begitu indah dipersisiran pantai. Kep
juga terkenal dengan hidangan ketam yang menjadi salah satu hidangan ketam yang
terlazat didunia. Jadi jika anda penggemar makanan laut, tempat ini adalah
destinasi yang harus anda kunjungi.
13- Tasik Kenyir, Malaysia
Tasik Kenyir terletak di timur Malaysia iaitu di
daerah Kuala Berang, Terengganu. Tasik ini merupakan tasik buatan manusia yang
tercantik di Asia Tenggara serta mempunyai sebanyak 300 lebih pulau yang
cantik. Di tasik ini juga terdapat beberapa air terjun serta gua yang tersimpan
pelbagai sejarah. Disini juga adalah syurga memancing kerana terdapat pelbagai
spesis ikan seperti toman dan sebagainya. Terdapat juga sewaan rumah bot untuk
pemancing bermalam diatas air sambil memancing bersama rakan dan keluarga.
Terbaru, tasik ini bakal dijadikan kawasan bebas cukai menjelang 2015.
14- Sungai Mekong, Vietnam
Sungai Mekong merupakan tempat paling unik dan pasti
memukau pandangan pengunjungnya. Sungai ini juga merupakan sungai kedua belas
terbesar didunia. Terdapat perkhidmatan sewaan bot dan perahu untuk pengunjung
menyusuri sungai ini. Sepanjang perjalanan menyusuri sungai, pengunjung
berpeluang melihat ramai penjaja yang berniaga diatas bot. Antara barangan yang
dijual seperti buah-buahan, sayuran dan cenderahati.
No comments:
Post a Comment