Sunday, 8 February 2015

Bagaimana Untuk Menjaga Kesihatan

Kesihatan merupakan anugerah tidak ternilai bagi setiap insan.Justeru kita tidak boleh memandang ringan akan pentingnya menjaga kesihatan.Kadangkala hanya selepas kita kehilangan kesihatan baru kita akan menyedari hakikat pentingnya menjaga kesihatan.Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda ikuti bagi menjaga kesihatan.

Minum lebih banyak air
Manusia dewasa perlu minum 2-3 liter (atau kira-kira lapan gelas air setiap hari. Air mengekalkan badan pada suhu yang betul dan membuang toksin yang tidak dapat dielakkan.Secara tidak langsung  anda akan menjadi lebih sihat secara automatik.Air juga akan membersihkan kulit anda, membantu buah pinggang anda, membantu mengawal selera makan anda, dan membuat anda bertenaga. Walau bagaimanapun, pastikan juga anda minum susu untuk mengekalkan kekuatan tulang anda sehingga usia tua.

Makan sarapan pagi
Mengambil sarapan pagi adalah sangat penting. Namun pastikan sarapan dimulai dengan hidangan yang baik.Anda perlu mengambil sarapan yang terdiri daripada protein dan bijirin tanpa lemak, kerana ia akan menjaga anda daripada  di makan secara berlebihan pada waktu tengah hari. Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang meningalkan sarapan sebenarnya akan makan lebih banyak ! Jadi, untuk mengekang nafsu makan anda, jangan mengabaikan makan sarapan pagi.

Menjaga Amalan Permakanan
Jika separuh daripada pinggan anda adalah sayur-sayuran dan buah-buahan, anda melakukan tindakan yang betul. Pastikan juga anda  mengurangkan kadar gula dan elakkan memakan makanan ringan.Setelah pola makan yang stabil diamalkan badan anda akan berasa lebih selesa. Namun perlu diingat bahawa tidak semua lemak tidak baik untuk anda. Lemak yang baik boleh didapati dalam ikan berminyak seperti salmon dan tuna, avokado, kacang , dan minyak zaitun. Ini adalah penting untuk diet yang seimbang.

Meluangkan Masa Untuk Bersenam
Selain membantu anda menurunkan berat badan dan meningkatkan keyakinan, bersenam mempunyai banyak faedah lain untuk badan dan minda anda. Mempunyai kesihatan kardiovaskular yang baik  dikaitkan dengan risiko yang rendah untuk mendapat Alzheimer.Jadi apa kata luangkan sedikit waktu untuk melakukakn aktiviti seperti berlari,berenang dan sebagainya. Bersenam juga salah satu cara yang terbaik membantu anda untuk tidur lena pada waktu malam.Bersenam juga boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan megurangkan anda daripada makan berlebihan.

Dapatkan rehat yang secukupnya.
Ketika anda tidur, tubuh anda akan menghasilkan sel-sel yang melawan jangkitan, keradangan, dan tekanan.Ini bermakna bahawa mendapatkan tidur terlalu sedikit bukan sahaja membuat anda lebih cenderung untuk jatuh sakit, tetapi juga meningkatkan masa yang anda perlu untuk pulih daripada sesuatu penyakit. Jadi gunakan waktu tidur untuk berehat secukupnya.




No comments:

Post a Comment