Kegagalan merupakan sesuatu perkara yang yang mungkin
pernah berlaku dalam kehidupan kita. Berfikir tentang kegagalan secara
berterusan akan menyebabkan anda tidak mampu menghadapi keadaan
itu.Lebih-lebih lagi,apabila kita hidup dalam masyarakat yang mementingkan
kejayaan dan pencapaian. Kegagalan boleh meyebabkan seseorang beranggapan ia
adalah sesuatu perkara yang paling teruk yang pernah berlaku dalam kehidupan seseorang.
Hakikatnya kegagalan adalah perkara biasa dan boleh diatasi melalui usaha dan
azam untuk berjaya pada masa akan datang. Malah disebalik kegagalan yang
dihadapi ia adalah sesuatu yang boleh dipelajari daripadanya.
Berikut disenaraikan beberapa cara bagi menghadapi kegagalan dalam kehidupan seharian
Belajar
Menerima kegagalan
Dalam kehidupan kita perlu percaya sebelum kita
berjaya mencapai sesuatu kita mungkin akan berhadapan dengan kegagalan terlebih
dahulu.Tidak semua perkara akan berjalan lancar seperti yang kita
ingini.Kadangkala kita perlu melalui proses kegagalan ini untuk menjadikan diri
kita lebih matang dan tidak mengulangi kesilapan yang kita lakukan.Kita perlu
menggangap kegagalan tidak bermakna kita perlu berputus asa.Sebaliknya kita
boleh menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk berjaya dimasa
hadapan.Kegagalan juga dapat membantu mewujudkan keseimbangan dalam hidup anda
dan memberi peluang untuk mejadikan diri anda lebih baik. Belajar daripada
kesilapan bukan bermakna anda gagal sebaliknya ia merupakan tindakan yang betul
untuk memperbaiki diri anda.
Percaya
kepada diri
Ingatkan diri anda bahawa anda telah melakukan yang
terbaik. Meskipun kita takut menghadapi realiti kegagalan dan rasa tidak mampu
melalui keadaan ini namun kita perlu percaya dalam kehidupan ini tiada siapa
yang sempurna dan semua orang mungkin melakukan kesilapan. Perbezaan sebenar
diantara orang-orang yang berjaya adalah bagaimana mereka mengatasi kegagalan
dan menghadapinya dengan tidak berputus asa. Rasa usaha yang tidak mencukupi
adalah perasaan sebagai manusia biasa namun bagi orang yang berjaya mereka
tidak membiarkan ia menjatuhkan mereka.Pecayalah anda telah melakukan yang
terbaik namun apa yang anda perlukan adalah untuk memberi diri anda peluang
untuk terus mencuba.
Bertenang
.
Apa sahaja yang anda rasakan tentang kegagalan, jangan
berhenti berputus asa.Lihatlah dengan cara ini - ia tidak akan membawa apa-apa
perbezaan dengan keputusan itu Jika anda benar-benar kecewa dan marah salurkan
emosi ini untuk memberi motivasi kepada anda untuk bermula sekali lagi.Perlu
diingat jangan sesekali melepaskan kemarahan anda pada orang lain.Cuba anda
lakukan aktiviti seperti berjalan, berenang, atau tinju untuk melegakan
ketegangan dan memberi anda ruang untuk berfikir. Lakukan sesuatu yang boleh
mengalihkan perhatian diri anda daripada perasaan kecewa sehingga merasa
tenang.
Ambil
masa anda .
Orang yang kecewa biasanya tidak pulih daripada
kegagalan semalaman. Ia mengambil masa bagi emosi untuk sembuh. Ini tidak
bermakna anda perlu bermuram. Lebih baik anda berfikir bagaimana untuk
melakukannya dengan lebih baik pada masa akan datang.
Elakkan
membandingan diri dengan orang lain
Lupakan tentang bagaimana orang lain melihat anda.
Jangan terlalu memikirkan tentang pandangan orang lain terhadap anda.Jika anda
merasakan orang lain menilai anda percayalah ia tidak akan mengambil masa yang
lama sebelum mereka mula bimbang tentang diri mereka sendiri . Membenarkan
setiap kegagalan sebagai satu peluang untuk mengukuhkan keazaman anda dalam
menghadapi kritikan. Ini adalah tindak balas yang positif daripada berfikir
tentang pandangan buruk orang lain.
No comments:
Post a Comment