Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW
bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Aku berada di sisi sangkaan
hamba-Ku terhadap-Ku.
Jika dia bersangka baik, maka baginya (kebaikan
menurut sangkaan baiknya). Jika dia bersangka buruk, maka baginya (keburukan
menurut sangkaan buruknya)." (Riwayat Ibu Hibban)
Allah SWT menjelaskan kepada hamba-Nya bahawa mereka
akan memperoleh sesuatu berdasarkan keyakinan mereka kepada-Nya. Keyakinan yang
baik akan mengundang kebaikan, begitu juga sebaliknya.
Bersangka baik dengan Tuhan dilimpahkan kebaikan
Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani, maksud "Aku di
sisi keyakinan hamba-Ku terhadap-Ku" ialah Allah SWT berkuasa melaksanakan
apa yang diyakini oleh manusia bahawa Dia akan melakukannya.
Hadis ini mengajak umat Islamsupaya sentiasa bersangka
baik dengan Allah SWT dalam segala urusan,makaAllahSWT akanmelimpahkan kebaikan
yang banyak, kurniaan, kelebihan serta pelbagai pemberian.
Berbeza dengan sangkaan buruk terhadap-Nya, dia akan
mendapat apa yang disangkakan.
Sumber: Buku Hadis Qudsi
No comments:
Post a Comment