Seorang bayi yang baru sahaja lahir berjaya diselamatkan oleh seekor kucing
selepas ditinggalkan dalam cuaca sejuk.
Kucing yang diberi gelaran Marsha itu memanjat ke dalam kotak mengandungi
bayi itu dan memastikan bayi itu dalam keadaan panas meskipun suhu disaat itu
sangat sejuk.
Penduduk di blok rumah pangsa berdekatan didapati tumpang menyedari
kehadiran bayi itu selepas mendengar suara bayi itu.
Meskipun bayi itu berada diluar selama beberapa jam namun dengan
pertolongan Masha yang menjilat dan
menggunakan tubuhnya bagi memastikan bayi itu tidak kesejukkan.
Menurut seorang penduduk disitu, Nadezhda Makhovikova, yang tinggal di
rumah pangsa di Obninsk di rantau Kaluga Rusia, memberitahu dia menuruni tangga
selepas mendengar bunyi seperti kucing mengiau.
'Apabila saya turun, saya dapat melihat seorang bayi sedang menangis,'
katanya.
Menyedari bayi itu diambil oleh pegawai perubatan, Marsha mengejar sambil
megiau seolah-olah bimbang ke mana mereka akan membawa bayi itu.
Bayi, kanak-kanak lelaki yang berumur antara dua hingga tiga bulan itu
telah dibawa ke hospital di mana beliau diperiksa oleh pegawai perubatan.
Bayi, yang ditemui dengan pakaian yang bersih dan dengan pek lampin disahkan cergas dan sihat, walaupun beberapa jam
dia berada dalam kesejukan.
Marsha pula dianggap sebagai wira dan diberikan makanan oleh penduduk di
blok rumah pangsa terbabit.
Polis telah melancarkan pencarian bagi mengenalpasti ibu bapa bayi
terbabit.
No comments:
Post a Comment