SESETENGAH orang mungkin sanggup berhabisan ribuan
ringgit kerana hobi, namun ada segelintir pencinta makanan tidak kisah
menghabiskan wang semata-mata untuk menikmati hidangan mewah yang sukar
didapati di restoran biasa. Berikut adalah 10 makanan termahal di dunia.
1.Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)
Kulat yang boleh dimakan dan berasal dari Itali ini
adalah yang termahal di pasaran. Kesukaran untuk menanam trufel putih ini
secara komersial menyebabkan harga untuk kira-kira 1 kilogram boleh mencecah
ratusan ribu ringgit.
2.Almas beluga kaviar - AS$28,000 (RM93,701)
Kaviar termahal ini terhasil daripada telur sturgeon
albino yang hanya ditemui di Laut Kaspia. Bungkusan hidangan mewah dan istimewa
yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.
3.Tembikai Yubari – AS$22,872 (RM76,522)
Ia dianggap sebagai 'raja buah' kerana rasanya yang
manis dan sempurna. Buah ini dihasilkan daripada kacukan dua jenis tembikai
eksotik dari daerah Yubari di Jepun.
4.Tembikai Hitam Densuke - AS$6,100 (RM20,407)
Buah ini sukar diperoleh kerana ia hanya ditanam di
Hokkaido, Jepun. Rasanya juga manis dan agak rangup berbanding tembikai biasa.
5.Pizza Royale 007’ - AS$4,200 (RM14,051)
Piza yang dihasilkan daripada pelbagai bahan mewah
termasuk ikan salmon Scotland dan daging rusa. Lapisan atasnya pula diperbuat
daripada kepingan emas 24 karat yang juga boleh dimakan.
6.Samundari Khazana Curry – AS$3,200 (RM10,712)
Hidangan digelar 'khazanah makanan laut' berasal dari
Bombay Brasserie ini mengandungi pelbagai bahan mewah termasuk trufel putih,
udang kara bersalut emas, abalone dan ketam devon.
7.Wagyu Steak - AS$2,800 (RM9,374)
Stik ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan
kelompok elit di seluruh dunia. Rasanya juga jauh lebih enak serta lembut
berbanding daging lembu biasa. Bukan calang-calang orang boleh menikmati
hidangan ini kerana harga sepinggan stik wagyu boleh mencecah ribuan ringgit.
8.Zillion Dollar Lobster Frittata – AS$1,000 (RM3,347)
Telur dadar biasanya mudah untuk disediakan, namun
hidangan serupa di Restoran Norma, Hotel Le Parker Meridien bernilai ribuan
ringgit. Frittata tersebut mengandungi kaviar, udang kara dan turut dihidangkan
bersama kentang goreng.
9.Westin Hotel Bagel – AS$1,000 (RM3,347)
Roti yang menyerupai donat ini menjadi menu istimewa
di Hostel Westin, New York. Ia dihidangkan bersama krim keju trufel putih dan
jeli Riesling dengan daun emas.
10.Cendawan Mattake (Matsutake) – AS$1,000 (RM3,347)
Ia sukar didapati dan
hanya boleh ditemui di hutan Asia, Amerika Utara dan Eropah. Cendawan termahal
di dunia merupakan antara bahan terpenting dalam masakan Jepun.
No comments:
Post a Comment