Tahukah
anda, ada beberapa fakta tertentu yang masyarakat Malaysia tidak tahu mengenai
negara mereka sendiri. Adakah anda, warga Malaysia, tahu akan fakta2 ini?
Fakta Pertama:Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji
Fakta Pertama:Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji
Stesen Keretapi Kuala
Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman
salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak
ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga
dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini
berlaku?
Ini adalah kerana
arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier
Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan
pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan
piawaian pembinaan "British Standard" walaupun di koloni British di
Malaya adalah beriklim tropika.
Sedikit info tambahan,
tahukah anda bahawa Masjid Jamek KL juga dibina mengikut piawaian pembinaan
"British Standard"? Ya, ini bermakna Masjid Jamek juga dibina dengan
ketahanan perlindungan kesan2 dari ribut salji. Ia mungkin pelik, tapi itulah
kebenarannya.
Fakta Kedua:KL ibukota kilat di dunia
Tahukah anda, KL adalah
ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat / petir di dunia? KL
menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini.
Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL,
berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya
mengalami 10 hari ribut petir setahun.
Ini disebabkan iklim Malaysia yang merupakan iklim tropika Khatulistiwa. Kuala Lumpur terletak betul2 berhampiran dengan garisan Khatulistiwa dimana kerap berlakunya pembentukan awan ribut petir.
Info tambahan, tahukah anda mercu tanda kebanggaan kita iaitu Menara Berkembar Petronas sebenarnya juga berfungsi sebagai pengalir kilat? Ya, dalam pembinaan Menara Berkembar berkenaan, elemen panahan petir turut diambilkira dalam senireka binaan Menara Petronas. Ada rangkaian kerja logam hingga ke tanah yang dipasang pengalir khusus untuk mengalirkan arus kilat ke dalam sistem pembumian.

Fakta Ketiga:
Jambatan
Gantung Tertinggi di dunia terletak di Sabah, Malaysia
Tahukah anda, bahawa Malaysia mempunyai Jambatan
Gantung (Suspension Bridge) yang tertinggi di dunia? Umum tahu bahawa Gunung
Kinabalu yg setinggi 4095 meter yang 10 kali ganda lebih tinggi drpd Menara
Berkembar Petronas & lebih kurang separuh ketinggian Gunung Everest di
Himalaya. Tetapi, ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan gantung
tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!
Jambatan gantung berkenaan dipasang betul2 pada ketinggian lebih 3600 meter dari aras laut! Anda perlu mendaki hingga ke kem Laban Rata dengan ketinggian 3200 meter dari aras laut. Dari sana, anda perlu melalui jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi terlindung teknologi Itali yang dipasang pada lereng Gunung Kinabalu sebelum sampai ke Jambatan Gantung berkenaan. Jambatan Gantung Gunung Kinabalu adalah sepanjang 22 meter sahaja.
Info tambahan, sistem laluan besi terlindung Via Ferrata di gunung Kinabalu juga merupakan jalan Via Ferrata tertinggi di dunia dan yang pertama di Asia!

Fakta Keempat:Serangga Terpanjang di dunia didapati di Sabah, Malaysia
Tahukah anda, terdapat
satu spesies serangga yang terpanjang di dunia hanya boleh didapati di hutan
belantara di Sabah? Spesies ini hanya baru ditemui pada tahun 2008 oleh pakar
pengkaji serangga, dan merupakan salah satu dari 10 spesies baru dijumpai yang
terkenal.
Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba.
International Institute for Species Exploration, Arizona State University & Jawatankuasa Taxonomi Antarabangsa memilih serangga ini sebagai salah 1 dari "The Top 10 New Species" pada 2008 dan BBC pula meletakkan penemuan serangga ini sebagai salah 1 dari 10 penemuan terkini dalam dokumentari Decade of Discovery pada tahun 2010!
Info tambahan, di hutan Sabah juga terdapat pokok Seraya Kuning Siput, pokok tropika tertinggi di dunia dengan ketinggian hingga 88.32 meter!
Fakta Kelima:Lokasi Lipas terbanyak di planet Bumi ialah di Malaysia
Tahukah anda, lipas
adalah antara sejenis hidupan yang mampu hidup dan bertahan walaupun sesebuah
kota musnah akibat serangan nuklear? Tapi, adakah anda tahu, dimanakah tempat
dimana berkumpulnya lipas paling banyak di dunia? Hehehehe, ia juga terletak di
Sabah ....
Gua Gomantong di Sabah
mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Fuhh, tidak disangka
bukan? Gua itu juga terkenal kerana agak busuk bau di dalamnya. Ini
kerana bauan berkenaan adalah longgokan timbunan tahi kelawar yang bersepahan
di lantai gua. Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas
gua, pendek kata, memenuhi setiap ceruk ruang gua berkenaan!
Ini disebabkan gua berkenaan menyediakan tempat perlindungan yang sesuai bagi pembiakan lipas dengan pelbagai macam kekotoran, kelam, & suasana lembap yang digemari spesies lipas ini. Najis2 kelawar (guano) yang bertimbun, bangkai anak2 kelawar & anak burung layang2 semuanya membekalkan makanan yang segar kepada para lipas penghuni gua ini lalu membentuk ekosistem yang memihak kepada sang lipas.
Selain jutaan lipas yang menghuni Gua Gomantong, Gua ini terkenal dengan populasi burung layang2 & merupakan tempat tinggal lebih 2 juta ekor kelawar.

Fakta Keenam:Jalan Bulatan Trafik (Roundabout) terbesar di dunia adalah
di Malaysia
Tahukah
anda, Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya adalah
jalan bulatan roundabout terbesar di dunia mengelilingi 3.4 kilometer
panjangnya.
Dengan lebih kurang 15 sistem jalan keluar / masuk di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, tahukah anda Tun Dr M yang mencadangkan sistem roundabout berkenaan setelah mendapat ilham semasa lawatan rasmi beliau ke Paris dan melihat bulatan Avenue des Champs Elysees semasa perarakan peringatan Hari Bastile. Dari situ, sebagaimana resam Tun Dr M yang sememangnya mahukan infrastruktur lebih besar dari Barat (mega projek dengan semangat Malaysia Boleh!), beliau mencadangkan satu sistem jalan roundabout yang cukup besar mengelilingi Putrajaya yang mampu menampung perarakan yang besar seperti perarakan Hari Kemerdekaan.

No comments:
Post a Comment