Adakah anda mempunyai kekasih zaman kanak-kanak? Dalam banyak kes, kekasih
zaman kanak-kanak lebih cenderung untuk menjadi jiran atau rakan sekolah.Dimana
kita menghabiskan banyak waktu untuk bermain. Dan sesetengah apabila
dewasa mungkin membawa haluan masing-masing.
Zi-heng Wang dan Qian-qian semasa zaman kanak-kanak
Walau bagaimanapun, takdir adalah satu perkara yang misteri. Jika anda
ditakdirkan untuk satu sama lain,mungkin anda akan bertemu antara satu sama
lain walaupun selepas berpisah selama 18 tahun selain, seperti pasangan
kekasih ini!
Zi-heng Wang dari Henan Province, China, bertemu cinta pertamanya ketika
dia berusia enam tahun. Gadis tersebut yang merupakan jiran sebelah rumahnya
iaitu Qian-qian. Mereka sering bermain bersama-sama semasa kecil.
Pada usia enam tahun, dia memberitahu ibunya bahawa dia bertekad untuk
berkahwin Qian-qian apabila dia membesar.
Seperti banyak kisah-kisah zaman kanak-kanak, Wang dan Qian-qian terputus
hubungan apabila keluarga Wang berpindah. Namun mereka kembali bertemu selepas
18 tahun dan mencetuskan kembali perasaan cinta dalam hati mereka.
Di usia 24 tahun-pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada 7
September tahun ini.Menariknya mereka turut merakamkan detik indah diatas
jambatan yang pernah datang sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.
Mereka kembali ke jambatan yang sama untuk
merakamkan gambar perkahwinan
|
Sumber citifmonline
No comments:
Post a Comment