RIGA, Latvia - Seorang lelaki di bandar ini berjaya memperoleh
lesen memandu walaupun dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangan dan terpaksa memandu
dengan menggunakan kaki, lapor portal MailOnline, kelmarin.
Lebih
menakjubkan lagi, lelaki tersebut, Gatis Caunitis, 26, lulus ujian lesen
memandu dalam cubaan yang pertama.
Caunitis
kehilangan kedua-dua belah tangannya akibat terkena renjatan elektrik ketika
berusia enam tahun dan sejak itu dia menggunakan kakinya untuk melakukan semua
tugas termasuk memandu kereta.
Walaupun
cacat, Caunitis mampu memandu kereta transmisi automatik dengan baik dan lebih
selamat berbanding pemandu normal.
Caunitis
berkata, pengajar di sekolah memandu tidak terkejut apabila kali pertama
melihat keadaan dirinya dan pengajar tersebut sering memberi kata-kata semangat
kepadanya.
"Pengajar
itu memberitahu saya, dia kagum melihat kecekapan saya memandu kereta walaupun saya
hanya menggunakan kaki.
"Saya
lulus ujian teori dan praktikal dalam cubaan yang pertama," katanya. -
Agensi
CAUNITIS
menunjukkan lesen memandu yang yang diperolehnya selepas lulus dalam ujian
memandu.- Agensi
No comments:
Post a Comment