Sekali
pandang nampak macam gula - gula kapas. Gebu. Itulah arnab Angora. Apalah
makanan diberi hingga hingga jadi begitu sekali. Tapi ternyata, spesies ini
memang wujud dan berasal dari Angkara, Turki. Menurut rekod, arnab Angora
sangat popular sekitar abad ke-18 dan menjadi haiwan kesayangan keluarga
diraja. Kemudian, barulah ia tersebar ke serata Eropah sebelum masuk ke Amerika
Syarikat sekitar abad ke-20. Sama seperti haiwan lain, arnab Angora terbahagi
kepada beberapa baka tersendiri.Empat jenis baka diletakkan di bawah Persatuan
Baka Arnab Amerika (ARBA). Antaranya baka English, French, Giant, & Satin.
Selebihnya adalah baka German, Chinese, Swiss, Finnish, Korea & St. Lucian.
Arnab Angora juga dipercayai spesies arnab tertua di dunia.
Cara
penjagaannya juga mudah. Mereka tidak memerlukan sebarang vaksin tambahan &
juga tidak memerlukan makanan yang mahal. Hanya diberi rumput sudah memadai.
Bagaimanapun, anda perlu menjaga bulunya dengan baik, & cermat supaya
kelihatan kemas, bersih & terjaga rapi. Untuk mengelakkan bulunya tampak
kusut, kerinting atau bergumpal, pemilik selalunya akan menyikat bulu arnab
tersebut 2 minggu sekali. Dengan menggunakan berus gigi biasa atau berus khas,
bulu - bulu arnab akan kelihatan lebih bersinar jika kerap didandan.
Arnab Angora
bukan diternak sebagai haiwan peliharaan, ia juga diternak kerana bulunya. Bagi
industri pembuatan pakaian, bulu arnab Angora dikategorikan sangat lembut &
bersinar seakan-akan sutera. Dari segi diameternya, ia dikatakan 0.0011cm lebih
halus dari bulu kambing Kashmir. Selalunya, bulu mereka akan dicukur 4 bulan
sekali. Apabila musim tersebut, arnab akan menunjukkan tanda-tanda bulu matang.
Antaranya bulu gugur, mudah tercabut apabila disikat & arnab akan termakan
bulunya sendiri. Ketika itu, proses mencukur perlu dilakukan segera. Biasanya,
proses ini dilakukan dengan mencabut, mencukur atau menyikat dengan alatan
khas. Kemudian, bulu-bulu tersebut akan diletakkan di tempat khas & disusun
selari bagi mengelakkan ia berada dlm keadaan kusut. Jika berselerak,
kualitinya berkurangan.
Jika anda
gagal menguruskan bulunya dengan baik, serta membiarkan bulu-bulunya
gugur tanpa pembersihan, berkemungkinan besar arnab ini akan mati. Sama seperti
kucing, arnab sangat gemar menjilat bulunya sendiri. Bagaimanapun, apabila tiba
proses mengutip bulu, mereka secara tidak sengaja akan menelan mana-mana bulu
yg gugur. Berbeza dgn kucing, mereka boleh memuntahkan kembali. Tetapi tidak
bagi arnab Angora kerana mereka menelan sedikit demi sedikit. Apabila bulu
sudah memenuhi perut, mereka akan menjadi kenyang sepanjang masa & tidak
lagi menjamah makanan mahupun minuman.Ini kerana bulu yg masuk ke dalam perut
tidak akan hadam sama sekali. Maka secara tidak langsung, ia akan menyumbat
saluran usus & menggangu kesihatan arnab dan akhirnya mati.
No comments:
Post a Comment