Jakarta – Pencarian pesawat AirAsia QZ8501 mula
membuahkan hasil setelah sejumlah serpihan, jenazah, dan serpihan pesawat
ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.
Tuesday, 30 December 2014
Saturday, 27 December 2014
Pilot Air Asia Minta Menukar Laluan Sebelum Terputus Hubungan
Pesawat AirAsia jurusan Surabaya-Singapura dilaporkan hilang
hubungan pada pukul 07.55 WIB. Pilot pesawat membawa penumpang 155 orang itu sempat
meminta menukar laluan sebelum terputus
hubungan.
Wednesday, 24 December 2014
Saat Pesawat Menghampiri Landasan Hanya Beberapa Kaki Di atas Kepala
Ia bukanlah sesuatu yang anda harapkan apabila berada di
tepi pantai.Tetapi bagi pelancong di Caribbean St Martin,mereka merasakan
menangkap gambar pesawat yang terbang rendah ditepi pantai adalah gambar
percutian yang sangat bernilai.
Monday, 22 December 2014
Hero!!!Monyet Menghabiskan Masa 20 minit Menyelamatkan Rakannya
Seekor monyet layak digelar hero selepas berjaya menyelamatkan rakannya yang
terkena kejutan elektrik di stesen kereta api India. Monyet itu menghabiskan masa selama
20 minit untuk menyedarkan rakannya meskipun mereka berada dalam bahaya
kemungkinan dilanggar dengan kereta api.
Tuesday, 16 December 2014
Bayangkan!!! Menyeberangi Jalan Yang Dikelilingi Oleh Air
Passage du Gois merupakan sebatang jalan yang sangat
unik terletak di Teluk Bourgneuf, yang menghubungkan Pulau Noirmoutier ke tanah
besar di jabatan Vendée, Perancis. Dua kali sehari, untuk satu atau dua jam,
air pasang akan surut dan jalan akan kelihatan dan ia boleh digunakan untuk
lalu lintas.
Tuesday, 9 December 2014
Gambar Yang Menakjubkan Menunjukkan Bagaimana Keadaan Acheh Selepas Tsunami Sepuluh Tahun Kemudian
Tsunami yang berlaku pada tahun 2004 telah membunuh lebih daripada 230,000
orang di 14 buah negara selepas gelombang sehingga 100ft tinggi melanda seluruh
Asia Tenggara.
Wednesday, 3 December 2014
Arnab Angora - Diternak Kerana Bulu
Sekali
pandang nampak macam gula - gula kapas. Gebu. Itulah arnab Angora. Apalah
makanan diberi hingga hingga jadi begitu sekali. Tapi ternyata, spesies ini
memang wujud dan berasal dari Angkara, Turki. Menurut rekod, arnab Angora
sangat popular sekitar abad ke-18 dan menjadi haiwan kesayangan keluarga
diraja. Kemudian, barulah ia tersebar ke serata Eropah sebelum masuk ke Amerika
Syarikat sekitar abad ke-20. Sama seperti haiwan lain, arnab Angora terbahagi
kepada beberapa baka tersendiri.Empat jenis baka diletakkan di bawah Persatuan
Baka Arnab Amerika (ARBA). Antaranya baka English, French, Giant, & Satin.
Selebihnya adalah baka German, Chinese, Swiss, Finnish, Korea & St. Lucian.
Arnab Angora juga dipercayai spesies arnab tertua di dunia.
Cara
penjagaannya juga mudah. Mereka tidak memerlukan sebarang vaksin tambahan &
juga tidak memerlukan makanan yang mahal. Hanya diberi rumput sudah memadai.
Bagaimanapun, anda perlu menjaga bulunya dengan baik, & cermat supaya
kelihatan kemas, bersih & terjaga rapi. Untuk mengelakkan bulunya tampak
kusut, kerinting atau bergumpal, pemilik selalunya akan menyikat bulu arnab
tersebut 2 minggu sekali. Dengan menggunakan berus gigi biasa atau berus khas,
bulu - bulu arnab akan kelihatan lebih bersinar jika kerap didandan.
Arnab Angora
bukan diternak sebagai haiwan peliharaan, ia juga diternak kerana bulunya. Bagi
industri pembuatan pakaian, bulu arnab Angora dikategorikan sangat lembut &
bersinar seakan-akan sutera. Dari segi diameternya, ia dikatakan 0.0011cm lebih
halus dari bulu kambing Kashmir. Selalunya, bulu mereka akan dicukur 4 bulan
sekali. Apabila musim tersebut, arnab akan menunjukkan tanda-tanda bulu matang.
Antaranya bulu gugur, mudah tercabut apabila disikat & arnab akan termakan
bulunya sendiri. Ketika itu, proses mencukur perlu dilakukan segera. Biasanya,
proses ini dilakukan dengan mencabut, mencukur atau menyikat dengan alatan
khas. Kemudian, bulu-bulu tersebut akan diletakkan di tempat khas & disusun
selari bagi mengelakkan ia berada dlm keadaan kusut. Jika berselerak,
kualitinya berkurangan.
Jika anda
gagal menguruskan bulunya dengan baik, serta membiarkan bulu-bulunya
gugur tanpa pembersihan, berkemungkinan besar arnab ini akan mati. Sama seperti
kucing, arnab sangat gemar menjilat bulunya sendiri. Bagaimanapun, apabila tiba
proses mengutip bulu, mereka secara tidak sengaja akan menelan mana-mana bulu
yg gugur. Berbeza dgn kucing, mereka boleh memuntahkan kembali. Tetapi tidak
bagi arnab Angora kerana mereka menelan sedikit demi sedikit. Apabila bulu
sudah memenuhi perut, mereka akan menjadi kenyang sepanjang masa & tidak
lagi menjamah makanan mahupun minuman.Ini kerana bulu yg masuk ke dalam perut
tidak akan hadam sama sekali. Maka secara tidak langsung, ia akan menyumbat
saluran usus & menggangu kesihatan arnab dan akhirnya mati.
Subscribe to:
Posts (Atom)