Ia bukanlah sesuatu yang anda harapkan apabila berada di
tepi pantai.Tetapi bagi pelancong di Caribbean St Martin,mereka merasakan
menangkap gambar pesawat yang terbang rendah ditepi pantai adalah gambar
percutian yang sangat bernilai.
Pelancong bersiap sedia dengan kamera untuk menanti
kehadiran kapal terbang yang kelihatan begitu hampir seolah-olah berada di atas
kepala penonton.
Pesawat itu akan mendarat di
pulau Caribbean di Lapangan Terbang Antarabangsa Princess
Juliana.Lapangan terbang itu merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di
Caribbean Timur, mempunyai landasan hanya 7,152 kaki panjang - dan ia terletak
betul-betul bersebelahan dengan pantai Maho.
Walaupun sesetengah pelancong suka berdiri dan menangkap
gambar pesawat terbang diatas kepala,namun mereka juga perlu berpaut kepada
pagar lapangan terbang apabila pesawat yang hampir mendarat itu mungkin akan
menyebabkan mereka terjatuh disebabkan pukulan angin enjin pesawat.
Aktiviti berbahaya ini boleh menyebabkan kecederaan serius
jika pelancong tidak dapat berpaut pada pagar dan terhumban ke tanah akibat angin enjin yang sangat kuat.
No comments:
Post a Comment