Jakarta – Pencarian pesawat AirAsia QZ8501 mula
membuahkan hasil setelah sejumlah serpihan, jenazah, dan serpihan pesawat
ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.
Menurut pemerhati penerbangan Alvin Lie berdasarkan
analisis ke atas keadaan serpihan dan jenazah,melalui maklumat yang
diterimanya, diandaikan bahawa pesawat itu terjatuh dan pecah sebaik menyentuh
air.
"Mungkin pesawat itu pecah sebaik menyentuh air,"
kata Alvin saat dihubungi pada Selasa
(30/12/2014).
Menurutnya lagi analisis Alvin hanya bersiat andaian.
Namun dia juga mengatakan kemungkinan pesawat itu meletup di udara.
"Jika meletup di udara pasti serpihannya akan
bertebaran," ujarnya.
Pasukan gabungan carian AirAsia menemui serpihan
pesawat dan 6 jenazah di perairan Pangkalan Bun. 3 Dari 6 jenazah itu
dipindahakan menggunakan KRI Bung Tomo. Selain penemuan itu, pesawat Hercules
TNI AU menemui objek yang menggambarkan bayangan pesawat itu di dalam laut.
No comments:
Post a Comment