Pesawat AirAsia jurusan Surabaya-Singapura dilaporkan hilang
hubungan pada pukul 07.55 WIB. Pilot pesawat membawa penumpang 155 orang itu sempat
meminta menukar laluan sebelum terputus
hubungan.
"Pilot sempat memberitahu untuk menukar arah tapi masih
dilaluan antarabangsa seperti kebiasanya," ujar Pegawai Pengangkutan Indonesia Hadi Mustofa
kepada Liputan6.com di Jakarta, Minggu (28/12/2014).
Menurut Hadi, Pilot bernama Kapten Iriyanto itu tak memberi
alasan kenapa meminta melakukan penukaran laluan.
"Tidak dinyatakan alasannya, mungkin disebabkan cuaca
buruk," menurut Hadi.
Pesawat AirAsia jenis Airbus A320 yang berangkat dari
Bandara Juanda Surabaya pukul 05.20 WIB itu seharusnya tiba di Singapura pada pukul
08.30, namun hilang hubungan pada pukul 07.55 WIB
Pesawat tersebut dipandu oleh juruterbang Kapten Iriyanto
dan Remi Emmanuel Plesel. Termasuk 4 anak kapal iaitu, yakni Wanti Setiawati,
Khairunisa Haidar Fauzi, Oscar Desano, Wismoyo Ari Prambudi, dan 1
juruteknik iaitu Saiful Rakhmad.
Pesawat itu yang
membawa 155 penumpang di pesawat AirAsia itu, terdiri dari 138 dewasa, 16
kanak-kanak, dan 1 bayi.Pesawat yang melibatkan 1 penumpang warganegara Singapura,
1 warga negara (WN) Inggeris, 3 WN Korea (1 bayi), dan 149 WN Indonesia. (Mut)
No comments:
Post a Comment