Tuesday, 16 December 2014

Bayangkan!!! Menyeberangi Jalan Yang Dikelilingi Oleh Air

Passage du Gois merupakan sebatang jalan yang sangat unik terletak di Teluk Bourgneuf, yang menghubungkan Pulau Noirmoutier ke tanah besar di jabatan Vendée, Perancis. Dua kali sehari, untuk satu atau dua jam, air pasang akan surut dan jalan akan kelihatan dan ia boleh digunakan untuk lalu lintas.
Walaupun jalan seperti Passage du Gois ada di tempat-tempat lain (salah satunya di daerah Jindo di Korea ), namun keunikan Passage du Gois terletak pada jaraknya yang luar biasa - 4.5  km.

Menyeberangi tambak dianggap berbahaya. Walaupun setiap kali air pasang amaran dikeluarkan namun masih banyak pengunjung terperangkap setiap tahun. Menara menyelamat tinggi diletakkan  di sepanjang jalan Passage du Gois bagi memastikan mereka yang terperangkap berlindung disitu. Pengguna yang terperangkap boleh mendaki menara ini dan menunggu sehingga mereka diselamatkan atau air pasang surut.

Semasa air surut, beratus-ratus pelancong dan penduduk tempatan mengambil peluang datang dengan berjalan atau memandu di seluruh Gois. Keadaan itu  juga menarik banyak pencari kerang datang ke situ kerana keadaan ketika air surut menyebabkan banyak kerang kelihatan dipermukaan.
Pada tahun 1999 Passage du Gois juga digunakan untuk perlumbaan basikal iaitu Tour de France 




No comments:

Post a Comment