Monday, 22 December 2014

Hero!!!Monyet Menghabiskan Masa 20 minit Menyelamatkan Rakannya

Seekor monyet layak digelar hero selepas berjaya menyelamatkan rakannya yang terkena kejutan elektrik di stesen kereta api India. Monyet itu menghabiskan masa selama 20 minit untuk menyedarkan rakannya meskipun mereka berada dalam bahaya kemungkinan dilanggar dengan kereta api.
Monyet malang itu telah memanjat kabel yang mempunyai voltan yang tinggi sebelum dia terkena renjatan elektrik sehingga tidak sedarkan diri menyebabkan dia terjatuh dilaluan keretapi.

Menyedari rakan mereka terkena kejutan eletrik menyebabkan monyet itu melakukan pelbagai usaha untuk menyedarkannya kembali termasuklah menyeret rakannya, merendam dia di dalam air dan kemudian menggigit kepalanya.


Namun meskipun pelbagai usaha dilakukan haiwan yang cedera itu masih tidak bangun memaksa monyet itu mengambil tindakan drastik dengan merendamnya ke  dalam kolam air yang terletak di sebelah trek keretapi.

Selepas kira-kira 20 minit monyet yang cedera itu perlahan-lahan membuka mata manakala rakannya segera mengheretnya ke tempat selamat sebelum kereta api datang.

Penumpang yang menyaksikan kejadian itu di stesen keretapi di bandar utara India Kanpur sempat merakamkan detik itu dan bersorak gembira selepas melihat usaha haiwan itu berhasil.





No comments:

Post a Comment