Tuesday, 30 December 2014

Pesawat AirAsia QZ8501 Mungkin Pecah Sebaik Menyentuh Air

Jakarta – Pencarian pesawat AirAsia QZ8501 mula membuahkan hasil setelah sejumlah serpihan, jenazah, dan serpihan pesawat ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Saturday, 27 December 2014

Pilot Air Asia Minta Menukar Laluan Sebelum Terputus Hubungan

Pesawat AirAsia jurusan Surabaya-Singapura dilaporkan hilang hubungan pada pukul 07.55 WIB. Pilot pesawat membawa penumpang 155 orang itu sempat meminta menukar laluan sebelum terputus  hubungan.

Wednesday, 24 December 2014

Saat Pesawat Menghampiri Landasan Hanya Beberapa Kaki Di atas Kepala

Ia bukanlah sesuatu yang anda harapkan apabila berada di tepi pantai.Tetapi bagi pelancong di Caribbean St Martin,mereka merasakan menangkap gambar pesawat yang terbang rendah ditepi pantai adalah gambar percutian yang sangat bernilai.

Monday, 22 December 2014

Hero!!!Monyet Menghabiskan Masa 20 minit Menyelamatkan Rakannya

Seekor monyet layak digelar hero selepas berjaya menyelamatkan rakannya yang terkena kejutan elektrik di stesen kereta api India. Monyet itu menghabiskan masa selama 20 minit untuk menyedarkan rakannya meskipun mereka berada dalam bahaya kemungkinan dilanggar dengan kereta api.

Tuesday, 16 December 2014

Bayangkan!!! Menyeberangi Jalan Yang Dikelilingi Oleh Air

Passage du Gois merupakan sebatang jalan yang sangat unik terletak di Teluk Bourgneuf, yang menghubungkan Pulau Noirmoutier ke tanah besar di jabatan Vendée, Perancis. Dua kali sehari, untuk satu atau dua jam, air pasang akan surut dan jalan akan kelihatan dan ia boleh digunakan untuk lalu lintas.

Tuesday, 9 December 2014

Gambar Yang Menakjubkan Menunjukkan Bagaimana Keadaan Acheh Selepas Tsunami Sepuluh Tahun Kemudian

Tsunami yang berlaku pada tahun 2004 telah membunuh lebih daripada 230,000 orang di 14 buah negara selepas gelombang sehingga 100ft tinggi melanda seluruh Asia Tenggara.

Wednesday, 3 December 2014

Arnab Angora - Diternak Kerana Bulu

Sekali pandang nampak macam gula - gula kapas. Gebu. Itulah arnab Angora. Apalah makanan diberi hingga hingga jadi begitu sekali. Tapi ternyata, spesies ini memang wujud dan berasal dari Angkara, Turki. Menurut rekod, arnab Angora sangat popular sekitar abad ke-18 dan menjadi haiwan kesayangan keluarga diraja. Kemudian, barulah ia tersebar ke serata Eropah sebelum masuk ke Amerika Syarikat sekitar abad ke-20. Sama seperti haiwan lain, arnab Angora terbahagi kepada beberapa baka tersendiri.Empat jenis baka diletakkan di bawah Persatuan Baka Arnab Amerika (ARBA). Antaranya baka English, French, Giant, & Satin. Selebihnya adalah baka German, Chinese, Swiss, Finnish, Korea & St. Lucian. Arnab Angora juga dipercayai spesies arnab tertua di dunia.

Cara penjagaannya juga mudah. Mereka tidak memerlukan sebarang vaksin tambahan & juga tidak memerlukan makanan yang mahal. Hanya diberi rumput sudah memadai. Bagaimanapun, anda perlu menjaga bulunya dengan baik, & cermat supaya kelihatan kemas, bersih & terjaga rapi. Untuk mengelakkan bulunya tampak kusut, kerinting atau bergumpal, pemilik selalunya akan menyikat bulu arnab tersebut 2 minggu sekali. Dengan menggunakan berus gigi biasa atau berus khas, bulu - bulu arnab akan kelihatan lebih bersinar jika kerap didandan.

Arnab Angora bukan diternak sebagai haiwan peliharaan, ia juga diternak kerana bulunya. Bagi industri pembuatan pakaian, bulu arnab Angora dikategorikan sangat lembut & bersinar seakan-akan sutera. Dari segi diameternya, ia dikatakan 0.0011cm lebih halus dari bulu kambing Kashmir. Selalunya, bulu mereka akan dicukur 4 bulan sekali. Apabila musim tersebut, arnab akan menunjukkan tanda-tanda bulu matang. Antaranya bulu gugur, mudah tercabut apabila disikat & arnab akan termakan bulunya sendiri. Ketika itu, proses mencukur perlu dilakukan segera. Biasanya, proses ini dilakukan dengan mencabut, mencukur atau menyikat dengan alatan khas. Kemudian, bulu-bulu tersebut akan diletakkan di tempat khas & disusun selari bagi mengelakkan ia berada dlm keadaan kusut. Jika berselerak, kualitinya berkurangan.

 Jika anda gagal menguruskan bulunya dengan baik,  serta membiarkan bulu-bulunya gugur tanpa pembersihan, berkemungkinan besar arnab ini akan mati. Sama seperti kucing, arnab sangat gemar menjilat bulunya sendiri. Bagaimanapun, apabila tiba proses mengutip bulu, mereka secara tidak sengaja akan menelan mana-mana bulu yg gugur. Berbeza dgn kucing, mereka boleh memuntahkan kembali. Tetapi tidak bagi arnab Angora kerana mereka menelan sedikit demi sedikit. Apabila bulu sudah memenuhi perut, mereka akan menjadi kenyang sepanjang masa & tidak lagi menjamah makanan mahupun minuman.Ini kerana bulu yg masuk ke dalam perut tidak akan hadam sama sekali. Maka secara tidak langsung, ia akan menyumbat saluran usus & menggangu kesihatan arnab dan akhirnya mati.




Saturday, 29 November 2014

Gambar menunjukkan juruterbang menghampiri lapangan terbang dalam kabus tebal sebelum melakukan pendaratan



Satu rakaman menunjukkan juruterbang menghampiri lapangan terbang dalam keadaan kabus tebal dan tidak dapat melihat landasan sehingga saat-saat sebelum melakukan pendaratan

Satu video yang telah  dimuatnaik di Youtube menunjukkan situasi cemas apabila sebuah penerbangan melalui keadaan menakutkan kerana terpaksa berhadapan dengan pendaratan dalam keadaan kabus tebal.

Melakukan pedaratan kapal terbang di 150 mph dalam kabus tebal mungkin tidak menjadi sesuatu yang dingini oleh setiap juruterbang.

Pemandangan kelabu kelihatan akibat kabus yang tebal ketika pesawat melalukan pendaratan di lapangan terbang paling sibuk di selatan Ireland.



Video yang dimuat naik ke Youtube itu tentunya memberikan sedikit pemahaman tentang apa yang terpaksa juruterbang lalui  pada hari berkabus.

'Saya pasti ia di bawah sana' kelihatan salah satu kapsyen dalam video, yang merujuk kepada landasan yang tidak boleh dilihat ketika kapal terbang bersedia untuk mendarat.

Meskipun pendaratan semakin hampir namun landasan kapal terbang masih juga belum kelihatan.



Akhir sekali ketika berada 100 kaki di atas tanah, lampu jalur pendaratan Hove kelihatan di pandangan.


Video berikut yang mendapat beratus-ratus ribu penonton, dengan tajuk: 'Ia adalah pagi yang berkabus di Dublin. 


Kabus kelihatan sangat jelas sebelum mereka tiba. Oleh itu, mereka telah melakukan pendaratan automatik. Video ini menunjukkan pandangan melalui kokpit. '

Ia tentulah memberikan penonton kesedaran baru tentang kemahiran juruterbang, dan teknologi dalam memastikan penumpang selamat tiba dalam keadaan cuaca buruk.




Friday, 28 November 2014

Istiqamah lakukan amalan kebaikan

Allah SWT sangat menyukai amalan yang istiqamah dan berkesinambungan kerana prinsip istiqamah tidak terpisah dalam rangkaian ibadah selain menjadi roh untuk menjiwai amalan serta menentukan amalan itu berkualiti atau sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang istiqamah (berterusan atau konsisten) walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Utama perkara fardu

Bagi memastikan kita terus istiqamah melakukan amal kebaikan dan menjaga kesinambungan amal ibadah, hendaklah sentiasa menjaga dan menitikberatkan perkara fardu seperti solat lima waktu serta menyegerakan qada ibadah seperti puasa untuk memperoleh reda Allah SWT.

Kedua, kita hendaklah sentiasa memohon pertolongan daripada Allah SWT dengan sungguh hati supaya diberikan hidayah dan keteguhan iman secara berterusan serta sentiasa berada di landasan yang betul sebagaimana ditekankan oleh syariat Islam.

Ketiga, sentiasa melakukan ibadah sunat walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan membaca ayat suci al-Quran secara berterusan, berusaha menghafaznya serta dibacakan dalam solat fardu atau sunat. Amalan ini harus dipupuk supaya kita sentiasa berinteraksi, mempelajari, memahami isi kandungan al-Quran.

Rasulullah SAW: “Pertahankanlah dirimu bersama al-Quran ini, demi jiwa Muhammad yang ada ditangan-Nya, sesungguhnya al-Quran ini lebih cepat hilangnya daripada cepatnya ikatan tali unta yang terlepas.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sentiasa berzikir

Keempat, sentiasa berzikir kepada Allah SWT, di samping sentiasa beristighfar kerana ia amalan yang tidak sukar untuk dilakukan dan mempunyai manfaat besar iaitu dapat menguatkan iman serta meneguhkan hati.

Kelima, sentiasa menghadiri majlis ilmu seperti kuliah agama, ceramah dan tazkirah selain berusaha mengenali serta menghayati sejarah hidup Rasulullah, sahabat dan tokoh ilmuwan Islam.

Keenam, sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada perkara mungkar yang boleh merosak dan mematikan hati seperti bersahabat dengan orang yang buruk akhlak, mengeluarkan kata-kata kesat serta lucah kerana ia boleh menyebabkan hati menjadi keras serta sukar untuk menerima hidayah Allah SWT.


Ketujuh, segera bertaubat jika terlanjur melakukan dosa dengan taubat nasuha supaya tidak terjerumus kembali ke lembah kehinaan dan maksiat. Mudah-mudahan dengan melakukan amalan secara istiqamah menjadikan kita insan yang lebih bertakwa.


Mencontohi tabiat, cara makan Rasulullah

Diet seimbang, amalan pemakanan sihat pelihara Muslim daripada serangan penyakit

KESEMPURNAAN Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda.
Rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya ialah sabda Baginda bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan gaya hidup mewah masa kini (makan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam) menyebabkan peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes dan kanser.

Pertubuhan Jantung Amerika Syarikat menyarankan, semua kanak-kanak dan orang dewasa perlu mengumpulkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal sederhana pada kebanyakan hari atau sebaik-baiknya setiap hari dalam seminggu.

Daripada Aisyah, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari ).

Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi.
Susu adalah makanan lengkap, kaya dengan protien, kalsium, vitamin A dan B, zat protien berkualiti tinggi penting untuk membina dan membaiki tisu badan serta membentuk antibodi melawan jangkitan penyakit.

Zat kalsium dalam susu mudah diserap oleh badan, penting untuk elak ‘osteoporosis’. Susu juga mengandungi zat fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin D. Susu lembu mempunyai 87 peratus air dan 13 peratus pepejal.

Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya.” (Surah An-Nahl, ayat 66)

Buah kurma (serasi dengan tubuh badan manusia), anggur, zaitun, delima mengandungi serat semula jadi yang tinggi (penting untuk mengelak sembelit), Vitamin A (penting untuk mata/penglihatan), gula, berbagai vitamin dan mineral serta air penting bagi kesihatan badan.

Siti Maryam menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya Nabi Isa untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga.

Firman Allah bermaksud: “Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenanglah kamu.” (Surah Maryam, ayat 25)

Daging juga menjadi sumber zat protien yang utama untuk tumbesaran manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral (zat besi dan zink). Lantaran itu Rasulullah SAW menggemari makanan rendah lemak dan kolesterol.

Sementara, madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Jika terlalu banyak makan daging akan memberi kesan kepada sendi dan ginjal. Saidina Umar memperingatkan: “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan ternak.”

Rasulullah SAW melarang (makruh) meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani. Namun, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan.

Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.

Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Humaka’ ada berkata: “Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala segala ubatan.”

Penulis ialah Penolong Pengarah Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)



Sunday, 23 November 2014

Jalan Raya Di Pulau Ini Ditutup Setiap Tahun Kerana Ketam

Mesti anda tidak percaya akan tajuk di atas, bukan? Tetapi percayalah kejadian pelik ini benar-benar berlaku di Pulau Christmas, Australia.

Difahamkan lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini akan memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November. Kenapa? Waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.

Disebabkan kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.

Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan pulau tersebut.

Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur,sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.





Friday, 14 November 2014

10 Makanan Termahal Di Dunia

SESETENGAH orang mungkin sanggup berhabisan ribuan ringgit kerana hobi, namun ada segelintir pencinta makanan tidak kisah menghabiskan wang semata-mata untuk menikmati hidangan mewah yang sukar didapati di restoran biasa. Berikut adalah 10 makanan termahal di dunia.


1.Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)

Kulat yang boleh dimakan dan berasal dari Itali ini adalah yang termahal di pasaran. Kesukaran untuk menanam trufel putih ini secara komersial menyebabkan harga untuk kira-kira 1 kilogram boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
   

2.Almas beluga kaviar - AS$28,000 (RM93,701)

Kaviar termahal ini terhasil daripada telur sturgeon albino yang hanya ditemui di Laut Kaspia. Bungkusan hidangan mewah dan istimewa yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.


3.Tembikai Yubari – AS$22,872 (RM76,522)

Ia dianggap sebagai 'raja buah' kerana rasanya yang manis dan sempurna. Buah ini dihasilkan daripada kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari di Jepun.


4.Tembikai Hitam Densuke - AS$6,100 (RM20,407)

Buah ini sukar diperoleh kerana ia hanya ditanam di Hokkaido, Jepun. Rasanya juga manis dan agak rangup berbanding tembikai biasa.


5.Pizza Royale 007’ - AS$4,200 (RM14,051)
Piza yang dihasilkan daripada pelbagai bahan mewah termasuk ikan salmon Scotland dan daging rusa. Lapisan atasnya pula diperbuat daripada kepingan emas 24 karat yang juga boleh dimakan.


6.Samundari Khazana Curry – AS$3,200 (RM10,712)
Hidangan digelar 'khazanah makanan laut' berasal dari Bombay Brasserie ini mengandungi pelbagai bahan mewah termasuk trufel putih, udang kara bersalut emas, abalone dan ketam devon.


7.Wagyu Steak - AS$2,800 (RM9,374)

Stik ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia. Rasanya juga jauh lebih enak serta lembut berbanding daging lembu biasa. Bukan calang-calang orang boleh menikmati hidangan ini kerana harga sepinggan stik wagyu boleh mencecah ribuan ringgit.


8.Zillion Dollar Lobster Frittata – AS$1,000 (RM3,347)

Telur dadar biasanya mudah untuk disediakan, namun hidangan serupa di Restoran Norma, Hotel Le Parker Meridien bernilai ribuan ringgit. Frittata tersebut mengandungi kaviar, udang kara dan turut dihidangkan bersama kentang goreng.


9.Westin Hotel Bagel – AS$1,000 (RM3,347)

Roti yang menyerupai donat ini menjadi menu istimewa di Hostel Westin, New York. Ia dihidangkan bersama krim keju trufel putih dan jeli Riesling dengan daun emas.


10.Cendawan Mattake (Matsutake) – AS$1,000 (RM3,347)

Ia sukar didapati dan hanya boleh ditemui di hutan Asia, Amerika Utara dan Eropah. Cendawan termahal di dunia merupakan antara bahan terpenting dalam masakan Jepun.


Thursday, 13 November 2014

Selfies di bawah laut!

Hasil kerja seorang jurugambar berjaya penyelam menghasilkan pelbagai selfies kelakar didalam air dengan dikelilingi pelbagai hidupan laut.

Gary Brennand, 48, telah berjaya mengambil gambar-gambar lucu untuk lebih daripada satu dekad.

Pengembaraan Gary, dari Perth di Australia Barat, dengan mengambil gambar dirinya dengan hidupan laut dari penyu dan ikan paus dan jerung.


Pengajar menyelam itu mendedahkan bahawa 10 tahun lalu tidak ramai orang yang dimiliki kamera bawah air jadi orang lain tidak boleh mengambil gambarnya.





Jadi setiap kali makhluk laut muncul dia akan melompat mencari peluang untuk menghidupkan kamera dan mengambil gambar dirinya dengan haiwan.

'Penyu adalah kegemaran saya kerana ia biasanya begitu tenang dan santai jadi saya mempunyai beberapa gambar dengan mereka.'

'Saya juga ada bergambar dengan  ikan paus yu, ikan singa dan obor-obor.



Menurutnya lagi telah dia menerima reaksi positif daripada orang ramai terhadap gambar yang diambilnya.

'Kebanyakan berfikir ia sungguh hebat kerana saya dapat mengambil gambar dengan pelbagai jenis haiwan.' 




10 Gambar Majlis Aqiqah Anak Kedua Pasangan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer

Pasangan Irma Hamie dan Redza Syah telah mengadakan majlis aqiqah dan kesyukuran sempena kelahiran anak kedua pasangan tersebut iaitu Irma Nur Naylie. Majlis tersebut berlangsung di kediaman ibu bapa Redza di Bandar Baru Ampang dan dihadiri oleh keluarga terdekat dan beberapa media.Dibawah ini disertakan gambar majlis terbabit.Penghargaan kepada Camera Arts yang sudi berkongsi detik indah terbabit.Saksikan gambar dibawah ini. 











Sumber camora.arts

Lelaki tanpa tangan lulus ujian memandu

RIGA, Latvia - Seorang lelaki di bandar ini berjaya memperoleh lesen memandu walaupun dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangan dan terpaksa memandu dengan menggunakan kaki, lapor portal MailOnline, kelmarin.

Lebih menakjubkan lagi, lelaki tersebut, Gatis Caunitis, 26, lulus ujian lesen memandu dalam cubaan yang pertama.

Caunitis kehilangan kedua-dua belah tangannya akibat terkena renjatan elektrik ketika berusia enam tahun dan sejak itu dia menggunakan kakinya untuk melakukan semua tugas termasuk memandu kereta.

Walaupun cacat, Caunitis mampu memandu kereta transmisi automatik dengan baik dan lebih selamat berbanding pemandu normal.

Caunitis berkata, pengajar di sekolah memandu tidak terkejut apabila kali pertama melihat keadaan dirinya dan pengajar tersebut sering memberi kata-kata semangat kepadanya.

"Pengajar itu memberitahu saya, dia kagum melihat kecekapan saya memandu kereta walaupun saya hanya menggunakan kaki.

"Saya lulus ujian teori dan praktikal dalam cubaan yang pertama," katanya. - Agensi



CAUNITIS menunjukkan lesen memandu yang yang diperolehnya selepas lulus dalam ujian memandu.- Agensi

6 Fakta Tentang Malaysia Yang Kebanyakkan Kita Tidak Tahu

Tahukah anda, ada beberapa fakta tertentu yang masyarakat Malaysia tidak tahu mengenai negara mereka sendiri. Adakah anda, warga Malaysia, tahu akan fakta2 ini?

Fakta Pertama:Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji


Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini berlaku?


Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan piawaian pembinaan "British Standard" walaupun di koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.


Sedikit info tambahan, tahukah anda bahawa Masjid Jamek KL juga dibina mengikut piawaian pembinaan "British Standard"? Ya, ini bermakna Masjid Jamek juga dibina dengan ketahanan perlindungan kesan2 dari ribut salji. Ia mungkin pelik, tapi itulah kebenarannya.


Fakta Kedua:KL ibukota kilat di dunia


Tahukah anda, KL adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat / petir di dunia? KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.


Ini disebabkan iklim Malaysia yang merupakan iklim tropika Khatulistiwa. Kuala Lumpur terletak betul2 berhampiran dengan garisan Khatulistiwa dimana kerap berlakunya pembentukan awan ribut petir.

Info tambahan, tahukah anda mercu tanda kebanggaan kita iaitu Menara Berkembar Petronas sebenarnya juga berfungsi sebagai pengalir kilat? Ya, dalam pembinaan Menara Berkembar berkenaan, elemen panahan petir turut diambilkira dalam senireka binaan Menara Petronas. Ada rangkaian kerja logam hingga ke tanah yang dipasang pengalir khusus untuk mengalirkan arus kilat ke dalam sistem pembumian.

Fakta Ketiga:

Jambatan Gantung Tertinggi di dunia terletak di Sabah, Malaysia

Tahukah anda, bahawa Malaysia mempunyai Jambatan Gantung (Suspension Bridge) yang tertinggi di dunia? Umum tahu bahawa Gunung Kinabalu yg setinggi 4095 meter yang 10 kali ganda lebih tinggi drpd Menara Berkembar Petronas & lebih kurang separuh ketinggian Gunung Everest di Himalaya. Tetapi, ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!

Jambatan gantung berkenaan dipasang betul2 pada ketinggian lebih 3600 meter dari aras laut! Anda perlu mendaki hingga ke kem Laban Rata dengan ketinggian 3200 meter dari aras laut. Dari sana, anda perlu melalui jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi terlindung teknologi Itali yang dipasang pada lereng Gunung Kinabalu sebelum sampai ke Jambatan Gantung berkenaan. Jambatan Gantung Gunung Kinabalu adalah sepanjang 22 meter sahaja.

Info tambahan, sistem laluan besi terlindung Via Ferrata di gunung Kinabalu juga merupakan jalan Via Ferrata tertinggi di dunia dan yang pertama di Asia!


Fakta Keempat:Serangga Terpanjang di dunia didapati di Sabah, Malaysia


 Tahukah anda, terdapat satu spesies serangga yang terpanjang di dunia hanya boleh didapati di hutan belantara di Sabah? Spesies ini hanya baru ditemui pada tahun 2008 oleh pakar pengkaji serangga, dan merupakan salah satu dari 10 spesies baru dijumpai yang terkenal.

Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba.

International Institute for Species Exploration, Arizona State University & Jawatankuasa Taxonomi Antarabangsa memilih serangga ini sebagai salah 1 dari "The Top 10 New Species" pada 2008 dan BBC pula meletakkan penemuan serangga ini sebagai salah 1 dari 10 penemuan terkini dalam dokumentari Decade of Discovery pada tahun 2010!

Info tambahan, di hutan Sabah juga terdapat pokok Seraya Kuning Siput, pokok tropika tertinggi di dunia dengan ketinggian hingga 88.32 meter!



Fakta Kelima:Lokasi Lipas terbanyak di planet Bumi ialah di Malaysia


Tahukah anda, lipas adalah antara sejenis hidupan yang mampu hidup dan bertahan walaupun sesebuah kota musnah akibat serangan nuklear? Tapi, adakah anda tahu, dimanakah tempat dimana berkumpulnya lipas paling banyak di dunia? Hehehehe, ia juga terletak di Sabah ....



Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Fuhh, tidak disangka bukan?  Gua itu juga terkenal kerana agak busuk bau di dalamnya. Ini kerana bauan berkenaan adalah longgokan timbunan tahi kelawar yang bersepahan di lantai gua. Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas gua, pendek kata, memenuhi setiap ceruk ruang gua berkenaan!

Ini disebabkan gua berkenaan menyediakan tempat perlindungan yang sesuai bagi pembiakan lipas dengan pelbagai macam kekotoran, kelam, & suasana lembap yang digemari spesies lipas ini. Najis2 kelawar (guano) yang bertimbun, bangkai anak2 kelawar & anak burung layang2 semuanya membekalkan makanan yang segar kepada para lipas penghuni gua ini lalu membentuk ekosistem yang memihak kepada sang lipas.

Selain jutaan lipas yang menghuni Gua Gomantong, Gua ini terkenal dengan populasi burung layang2 & merupakan tempat tinggal lebih 2 juta ekor kelawar.

Fakta Keenam:Jalan Bulatan Trafik (Roundabout) terbesar di dunia adalah di Malaysia


Tahukah anda, Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya adalah jalan bulatan roundabout terbesar di dunia mengelilingi 3.4 kilometer panjangnya.

Dengan lebih kurang 15 sistem jalan keluar / masuk di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, tahukah anda Tun Dr M yang mencadangkan sistem roundabout berkenaan setelah mendapat ilham semasa lawatan rasmi beliau ke Paris dan melihat bulatan Avenue des Champs Elysees semasa perarakan peringatan Hari Bastile. Dari situ, sebagaimana resam Tun Dr M yang sememangnya mahukan infrastruktur lebih besar dari Barat (mega projek dengan semangat Malaysia Boleh!), beliau mencadangkan satu sistem jalan roundabout yang cukup besar mengelilingi Putrajaya yang mampu menampung perarakan yang besar seperti perarakan Hari Kemerdekaan.

Monday, 10 November 2014

14 tempat menarik di Asia Tenggara yang perlu anda kunjungi

Kadang-kala kesibukan kerja dan runtin harian membuatkan kita tiada masa untuk berehat dan menenangkan fikiran. Bagi yang suka melancong pasti tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke tempat-tempat menarik jika mempunyai masa terluang. Tetapi mungkin ada yang terlepas pandang atau belum mengetahui beberapa tempat-tempat menarik yang terdapat di Asia Tenggara. Disini terdapat senarai 14 tempat menarik di Asia Tenggara tetapi masih jarang dikunjungi. Mungkin boleh dijadikan senarai lokasi untuk anda habiskan masa bercuti bersama yang tersayang.

1- Pulau Pu Qhuoc, Vietnam



Pulau Phu Qhuoc adalah lokasi yang amat sesuai untuk lari dari kesibukan kota kerana disini suasana sangat tenang dan mendamaikan. Dipulau ini sesuai untuk aktiviti snorkeling dan scuba diving kerana kejernihan airnya. Pengunjung boleh menyewa motosikal untuk meronda-ronda disekitar pulau kerana disini terdapat perkhidmatan sewaan motosikal. Tunggu apa lagi!!

2- Pai, Thailand



Jika pengunjung inginkan suasana hutan yang penuh kehijauan, Pai adalah tempatnya.Terletak di pergunungan di utara Thailand, Pai pasti memberikan suasana tenang dan menghiburkan disaat bersama tersayang. Di tempat ini pengunjung boleh menyewa motosikal untuk meronda sekitar hutan, berkunjung ke air terjun dan melihat keindahan flora dan fauna.

3- Bagan, Myanmar




Myanmar terkenal dengan keindahan candi kerana majoriti penduduknya beragama Budha.Disini pengunjung boleh menikmati ketenangan dan keindahan panorama matahari terbenam dengan menaiki belon udara yang terdapat sekitar candi. Wow pasti satu kenangan indah yang sukar untuk dilupakan.

4- Gua Jomblang, Yogyakarta



Gua ini terletak di  Desa Pacarejo, Gunung kidul. Terletak kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Jogja, jalan menuju ke gua ini tidak berturap dan berbatu amat sesuai untuk yang ingin merasai susana lasak atau "offroad" ketika dalam perjalanan ke gua ini. Gua ini adalah gua batu kapur dan dikelilingi hutan lama serta sungai di bawah tanah.

5- Pulau Derawan, Kalimantan Timur



Pulau ini terletak di kepulauan Berau,Kalimantan Timur. Disini terdapat penyu-penyu jinak dan banyak tempat untuk aktiviti scuba diving.  Kehijauan lumut dan air laut yang jernih membuatkan pulau ini memberikan satu pemandangan yang begitu indah sekali.

6- Danau Laut Tawar, Akengon Aceh Tengah




Danau Laut Tawar terletak disebelah timur bandar Takengon, Aceh. Ia merupakan danau terbesar di kawasan itu dengan keluasan sepanjang 17km dan lebar 5.5km. Disini anda boleh menikmati keindahan"negeri diatas awan" dengan pemandangan yang begitu memukau.

7- Teluk Kiluan, Lampung



Teluk Kilauan terletak di Lampung juga terkenal sebagai habitat ikan lumba-lumba dan ikan paus. Teluk ini terkenal dengan keindahan alam dan syurga bagi pemancing. Setiap tahun diadakan pertandingan memancing di Teluk Kilauan yang turut disertai oleh pemancing-pemancing tegar seluruh Indonesia

8- Chiang Dao, Thailand



Chiang Dao diibaratkan seperti syurga bagi pencinta alam. Disini terdapat air terjun, kolam air panas dan gua yang dipenuhi batuan stalagmit dan stalaktit yang begitu memukau pandangan. Gua Chiang Dao merupakan tarikan utama disini kerana digua ini pengunjung boleh melihat lebih dari 100 tempat yang mempunyai pelbagai alat untuk tujuan pemujaan.


9- Ko Lanta, Thailand



 Kebiasaannya bila bercerita tentang pulau-pulau di Thailand, pelancong lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau besar seperti Ko Phangan atau Ko Tao tetapi jika pengunjung ingin menikmati suasana yang berbeza, Ko Lanta adalah destinasi yang paling sesuai untuk dikunjungi. Pulau ini pasti memberi ketenangan dengan keindahan pantai yang bersih dan hamparan pasir putih yang begitu mengujakan.

10- Danau Inle, Myanmar




Danau sepanjang lebih dari 13 km ini memiliki pelbagai tarikan. Di sekitar danau, pengunjung boleh melihat keindahan kebun sayur-sayuran yang bagaikan terapung diatas air. Juga tidak ketinggalan keunikan rumah terapung milik penduduk disini.

11- Mae Sot, Thailand




Tempat ini agak terpencil dan terletak disempadan Thailand dan Myanmar.Di Mae Sot pengunjung boleh melihat ramai warga Thailand, Myanmar serta penduduk asli dari kawasan pergunungan. Jika ingin bersantai bolehlah berkunjung ke spa-spa yang menawarkan khidmat sauna. Selain itu juga pengunjung boleh membeli belah di pasar tradisional dan berkunjung ke tempat pemeliharaan Orang Utan di Highland Farm Gibbon Sanctuary.

12- Kep, Kemboja




Ketika penjajahan Perancis, Kep menjadi salah satu destinasi kunjungan dikalangan warga Perancis. Disini pengunjung boleh menikmati hidangan laut di restoran yang begitu indah dipersisiran pantai. Kep juga terkenal dengan hidangan ketam yang menjadi salah satu hidangan ketam yang terlazat didunia. Jadi jika anda penggemar makanan laut, tempat ini adalah destinasi yang harus anda kunjungi.

13- Tasik Kenyir, Malaysia




Tasik Kenyir terletak di timur Malaysia iaitu di daerah Kuala Berang, Terengganu. Tasik ini merupakan tasik buatan manusia yang tercantik di Asia Tenggara serta mempunyai sebanyak 300 lebih pulau yang cantik. Di tasik ini juga terdapat beberapa air terjun serta gua yang tersimpan pelbagai sejarah. Disini juga adalah syurga memancing kerana terdapat pelbagai spesis ikan seperti toman dan sebagainya. Terdapat juga sewaan rumah bot untuk pemancing bermalam diatas air sambil memancing bersama rakan dan keluarga. Terbaru, tasik ini bakal dijadikan kawasan bebas cukai menjelang 2015.

14- Sungai Mekong, Vietnam




Sungai Mekong merupakan tempat paling unik dan pasti memukau pandangan pengunjungnya. Sungai ini juga merupakan sungai kedua belas terbesar didunia. Terdapat perkhidmatan sewaan bot dan perahu untuk pengunjung menyusuri sungai ini. Sepanjang perjalanan menyusuri sungai, pengunjung berpeluang melihat ramai penjaja yang berniaga diatas bot. Antara barangan yang dijual seperti buah-buahan, sayuran dan cenderahati.